Thursday, September 11, 2014

BAB 5 - ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.1  DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA


Pedahuluan

Seperti yang kita sedia maklum, kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubungannya dengan Negara lain. Malaysia sangat menitikberatkan dasar ini agar usaha serta langkah yang diambil adalah berpandukan objektif yang menjamin keselamatan dan kemakmuran Negara serta menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Disini perlu ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatkan juga kegiatan ekonomi Negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya sedar betapa pentingnya negara terus maju dan produktif seiring kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Kita juga perlu tahu bahawa sektor pembuatan merupakan tunggak utama ekonomi negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk eksport. Tegasnya, sebagai sebuah negara dagang, Malaysia perlu menjalin perhubungan baik dengan negara luar.

Konklusinya, kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu, pengendalian dasar luar negara perlulah bercerminkan keadaan yang sedemikian rupa. Justeru, Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Seiring dengan itu, Malaysia juga berkerjasama dengan negara-negara luar dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan negara.
  
Objektif Dasar Luar Negara

Secara ringkasnya, objektif-objektif dasar luar hubungan Malaysia dengan negara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Seterusnya, untuk mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Selanjutnya, menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Tegasnya, objektif dasar ini juga adalah untuk mempertahankan dan memajukan ha kepentingan dan aspirasii Malaysia dalam semua bidang dan sekali gus memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.


Peranan Kementerian Luar Negeri

Seperti yang kita tahu, kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Hal ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Selain itu kementerian ini juga berperanan untuk menepati objektif-objektif tersebut, menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Seterusnya, kerajaan bertanggungjawab dalam mempromosi pelabura-pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing serta mengendalikan aktiviti-aktivi sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, kaunselor, keselamatan dan komunikasi.

Kesimpulannya, misi kementerian luar negeri adalah untuk melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melaui amalan diplomasi proaktif.

Sekian, terima kasih daripada saya,
Siti Norshiqah Binti Mohd Shukri.

No comments:

Post a Comment