Thursday, September 11, 2014

BAB 3 - KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
3.3.1 Peristiwa 13 Mei 1969


“A society which does not look back with pride upon its past can never look forward towards its future”.

Pendahuluan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkankesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Meisememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau keranasebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun diTanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagaipunca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telahbanyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalanekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalanini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usahabertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Sorotan Peristiwa

Sebelum Mei 1969
Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector ekonomi berbeza. System pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.
Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.


Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.
9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”

Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.


Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk yang melaungkan ajaran komunis Mao

10 Mei 1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”

Keputusan pilhanraya menyaksikan PERIKATAN dinafikan majority mudah di parlimen oleh Pembangkang. GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. (Di Selangor PERIKATAN=14 DAP=9 GERAKAN=4 manakala di Perak PERIKATAN=19 PPP=12 DAP=6 GERAKAN=2 PAS=1). Walaubagaimanapun GERAKAN tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.


Keputusan pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang majority mudah 2/3 di Parlimen apabila hanya memperoleh 66 kerusi dari 104 yang dipertandingkan di semenanjung.

11 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan DAP”

DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat- kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN

GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam lu, sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.

Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu

13 Mei 1969 “Tragedi”

Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.



Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh.

14 Mei 1969 “Darurat”
Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.
16 Mei 1969 “MAGERAN”
Tunku telah menubuhkan MAGERAN yang diketuai Tun Abdul Razak mentadbir Negara dalam pengisytiharan darurat. Tun Abdul Razak telah dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.


Di atas merupakan antara terbitan yang menceritakan peristiwa tragedy 13 Mei. Dari kiri “May 13: Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969” karangan Kua Kia Soong bekas ahli DAP, “Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina” karangan seorang pegawai British Leon Comber., Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN dan juga “13 Mei Sebelum dan selepas” oleh Tunku Abdul Rahman. Aku galakkan korang baca kisah 13 Mei dari pelbagai sumber. Kua Kia Soong didalam bukunya mengatakan bahawa Tragedi 13 Mei sebenarnya ialah rancangan Tun Razak, Dato Harun dan Tun Mahathir dalam menjatuhkan Tunku. Tunku pula didalam bukunya menyatakan bahawa punca tragedy ini ialah peranan yang dimainkan pihak Komunis dalam mengapi-apikan semangat perkauman. Laporan MAGERAN pula menulis bahawa ucapan oleh pemidato semasa kempen pilihanraya yang meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera mendorong berlakunya peristiwa ini. Tunku dan Laporan MAGERAN juga turut menyatakan penglibatan kongsi gelap memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulan

Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi Negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.


Sekian, terima kasih daripada saya,
Nur Ainna Fatin Binti Murat.

No comments:

Post a Comment