Pedahuluan
Seperti yang
kita sedia maklum, kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam
penggubalan dasar luar hubungannya dengan Negara lain. Malaysia sangat
menitikberatkan dasar ini agar usaha serta langkah yang diambil adalah
berpandukan objektif yang menjamin keselamatan dan kemakmuran Negara serta
menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Disini perlu
ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak
hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan
melibatkan juga kegiatan ekonomi Negara.
Kita sebagai
rakyat Malaysia sepatutnya sedar betapa pentingnya negara terus maju dan
produktif seiring kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak
antarabangsa. Kita juga perlu tahu bahawa sektor pembuatan merupakan tunggak
utama ekonomi negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk
eksport. Tegasnya, sebagai sebuah negara dagang, Malaysia perlu menjalin
perhubungan baik dengan negara luar.
Konklusinya,
kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh
itu, pengendalian dasar luar negara perlulah bercerminkan keadaan yang
sedemikian rupa. Justeru, Malaysia lantang menyuarakan idea di persada
antarabangsa. Seiring dengan itu, Malaysia juga berkerjasama dengan
negara-negara luar dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan
kepentingan negara.
Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkasnya,
objektif-objektif dasar luar hubungan Malaysia dengan negara lain adalah untuk
menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa. Seterusnya, untuk mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan
dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalaman negara lain. Selanjutnya, menangani perkembangan dan cabaran politik,
ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa. Tegasnya, objektif
dasar ini juga adalah untuk mempertahankan dan memajukan ha kepentingan dan
aspirasii Malaysia dalam semua bidang dan sekali gus memupuk hubungan baik
serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Seperti yang
kita tahu, kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi
mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan
Negara-negara asing. Hal ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan
hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan.
Selain itu kementerian ini juga berperanan untuk menepati objektif-objektif
tersebut, menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala
dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini
merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Seterusnya, kerajaan
bertanggungjawab dalam mempromosi pelabura-pelaburan dan perdagangan dengan
negara-negara asing serta mengendalikan aktiviti-aktivi sokongan termasuk
perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, kaunselor, keselamatan dan komunikasi.
Sekian, terima kasih daripada saya,
Siti Norshiqah Binti Mohd Shukri.
Golden Gate Casino & Resort - Mapyro
ReplyDeleteGolden Gate Casino & Resort is situated right on Interstate 80, a 순천 출장안마 4-minute 세종특별자치 출장안마 walk from Golden Gate Casino and 김포 출장샵 6 광주 출장안마 minutes by tram from the Gold 영주 출장샵 Strike Hotel and